Amman, 16 Febuari 2012 - Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA) telah mengadakan satu program yang dirancang khusus untuk akhawat Amman. Program ini telah diadakan di Hadiqah Hussin, Amman pada 24 Disember 2011. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah slot: "Eratkan Lagi Silaturrahim Kita", slot ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan peserta dan supaya peserta lebih mengenali antara satu sama lain, bukan cuma dari sudut luaran sahaja bahkan juga peribadi.
Selain itu, terdapat juga ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari mantiqah Amman. Antaranya ialah ceramah yang bertajuk "Muslimah Itu Indah Inspirasi Sepanjang Zaman" oleh Ustazah Husna Bt. Husain. Ceramah ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang peranan wanita baik sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri dan juga sebagai ibu. Diselitkan juga ceramah oleh Ustaz Muhammad Akramin B. Kamarul Zaman yang bertajuk Slot "Tanyalah Ustaz". Slot ini bertujuan untuk membantu wanita dalam menjawab segala persoalan yang timbul di benak mereka baik berkenaan hal keagamaan mahu pun isu semasa. Semoga PPMA dapat menjalankan program-program seperti ini lagi dimasa akan datang. InsyAllah.







0 comments:
Post a Comment